28 October 2005
Sepetang Bersama Marsha
Photograph session
Meet fans
Michele, Praap, Marsha & Shawn
Doesnt she's look so gorgeous in red?
Marsha, Acik & Praap (Kefli)
Waiting for fast break session.
acik-zzorro
8:05 AM
1 comments
26 October 2005
T-Shirt Labuh Utk Muslimat

Sila klik pada imej utk visual lebih besar dan jelas.
acik-zzorro
8:37 AM
0 comments
20 October 2005
Khidmat Masyarakat



Anak bongsu dari 9 beradik. Bapa kerja security guard di SP dan Mak kerja kilang di Prai. Kaki kanan Fatin dipotong pada hari ke 3 kelahirannya , sebab doctor suspect ketumbuhan pada kaki nya ada cancer. Bila dah dipotong barulah dapat nampak jantinanya yang sebenar. Isi kemerahan yang terbonjol keluar dari punggung belakang adalah ususnya yang di keluarkan bagi membolehkan Fatin membuang air besar.Just imagine, baru umur lebih 3 bulan sekarang. Kalau berpeluang melawat dia di rumah, Fatin dengan matanya yang bulat seolah-olah mahu memberitahu sesuatu kepada pelawat-pelawat . Tak banyak orang yang tahu, termasuklah masyarakat sekeliling. Diharapkan dengan tersebarnya message ini, Fatin akan dapat menjalani rawatan yang lebih baik lagi.Sekarang ini perlu rawatan susulan di Hosp. Alor Star. Bapa perlu berulang-alik dari rumah ke Hospital Alor Star. Fatin akan didukung oleh bapanya (Rashidi) menaiki Bas, yang perjalanannya memakan masa 1.5 ke 2 jam. Cuba bayangkan kesusahan yang Fatin perlu lalui. Alhamdullilah, 2 perjalanan yang lepas, ada 2 hamba Allah yang telah membantu menghantarFatin, bapa dan kakaknya ke Alor Star dengan kereta mereka.Mudah-mudahan, dengan tersebarnya message ini, akan ada lagi hamba Allah yang akan tampil membantu meringankan kesusahan bapa Fatin, Rashidi untuk menghantar anaknya ini untuk mendapat rawatan. Keluarga Fatin menetap di 4445 Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, Seberang Prai Utara. Sesiapa yang sudi, Rashidi tidak keberatan untuk menerima kunjungan dari orang ramai yang ingin melihat sendiri keadaan Fatin. Mungkin Rashidi dan isterinya keluar bekerja, tapi Fatin dijaga oleh neneknya. Rashidi boleh dihubungi pada talian 019-4023596.Kepada yang tersentuh dan ingin melawat anak yang istimewa ini, dan sekiranya anda tidak biasa dengan Kepala Batas, anda perlu mengambil jalan lama dari pekan Kepala Batas ke Sungai Petani. Belok di Simpang arah ke kanan menghala ke Paya Keladi. Teruskan perjalanan sehingga anda nampak papan tanda Paya Keladi Hujung di sebelah kanan. Ada sekolah agama di sebelah kanan bertentang dengan kedai runcit di seberang jalan. Belok kanan dilorong bersebelahan sekolah agama dan masuk lebih kurang 100m. Rumah ayah Fatin di sebelah kanan (kembar dua) dan betul-betul di belakang sekolah agama.Kepada yg ingin menyumbangkan secara online, akaun Rashid di Public Bank Kepala Batas (alwadiah) adalah 4-9153033.Mudah-mudah Allah memberkati apa yang kita lakukan.
acik-zzorro
12:43 PM
0 comments
18 October 2005
Pelangi Petang
Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Ku percaya pasti suatu masa
Sang SURIA kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...
acik-zzorro
12:42 PM
0 comments
17 October 2005
Niat DiHati Taknak Berpisah
Dah lama tak berjumpa
Rindu rasa hati
Inginku bertemu denganmu
Biarpun hati ini
Menyatakan benci
Namun hakikat
Kau masihku sayang
Mengapa kita berjumpa
Dan mengapa kita bercinta
Niat hatiku nak kekal lama
Hidup denganmu wahai kasih
Niat hatiku tak nak berpisah
Apakan daya jodoh tiada
Kenangan demi kenangan
Menjelma diingatan
Sukarnya melupakan dirimu
Rintihan demi rintihan
Menyeksakan hidupku
Aku derita... keranamu
Oh kekasih
Sungguh tidakku sangka
Akhirnya begini
Sebuah ikatan asmara
Engkau yang aku sayang
Yang aku kasihi
Mungkinkah bersatu kembali
acik-zzorro
8:31 AM
0 comments
04 October 2005
Tak Seindah Wajah
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
acik-zzorro
10:09 AM
0 comments