28 November 2005

Tak Sanggup

Tak sanggup kulafazkan cinta
Kerana takut hatikan kecewa....
Tak sanggup kuucapkan sayang
Bila dihati masih terbayang.....
Dilukai ketika dulu...
Pedihnya masih menghantuiku

Serik dah ku rasa

Mempercayai cintakan abadi selamanya
Hingga ku dinoda
Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya
Tak sanggup aku dihimpit pilu

Oh benar tak sanggup kuikrarkan janji
Yang tak mampu untuk dikotai..
Bukannya jiwa tak berkasih
Luka lama kurasakan masih mencurigai gerak hatiku..
Pedihnya masih menghantuiku

Serik dah ku rasa

Mempercayai cintakan abadi selamanya
Hingga ku dinoda
Menyerahkan jiwa untuk dikecewa akhirnya
Tak sanggup aku dihimpit pilu

Oh benar tak sanggup ku berduka lagi

Meletak harapan terlalu tinggi
Tak sanggup kugadaikan cinta
Pabila dipertaruhkan jiwa...
Dilukai...dibelenggu..
Pedihnya masih menghantuiku

acik-zzorro 8:15 AM

1 comments

24 November 2005

Bagaimana Menjadi Ayah Yg Cemerlang

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen `penyelesai masalah' yang baik apabila dewasa berbanding kanak- kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

Anak yang tidak berbapa.

Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:

Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.

Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.

Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.

Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai `kebapaan' ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

1.Bapa yang komited dan bertanggungjawab.

Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan `hadiah' atau `anugerah' yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

2.Kenali anak anda.

Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

3.Istiqamah (tetap pendirian)

Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

4.Melindungi, menyara dan mendoakan.

Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya `mengajar' anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

5.Mencintai ibu mereka.

Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan `keibubapaan', bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

6.Menjadi pendengar yang baik

Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka `berhak' untuk didengari dan diberi perhatian.

7.Jadikan diri anda `pemimpin' kerohanian.

Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan `keimanan' dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

acik-zzorro 12:19 PM

0 comments

23 November 2005

Pelajar melayu perempuan dirasuk, di mana salahnya dan siapa...Satu Kupasan...

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salahnya.

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
Kes hysteria di sekolah kat BSB.

Misteri di Asrama Puteri terjawap! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.

Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!

Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab."Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat""
""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik Kalaulah Sungguh,
Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....pi buat keja cepat.

acik-zzorro 1:58 PM

0 comments

16 November 2005

Perpisahan

Perpisahan itu selalu terjadi
Kepada makhluk yang bercinta
Sungguh sedihnya rasa
Apabila ianya terjadi

Perpisahan bermula dari dua hati
Yang kehendaknya tak dituruti
Atau pun manusia
Yang berperasaan benci

Itulah peristiwa yang ku alami
Alangkah siksanya diriku
Ku cuba dan ku cuba
Untuk bersamanya
Tapi apakan daya tak upaya

Rintangan dari orang yang tak sudi
Menerima cinta dari hati ini
Menarik diri dan pergi
Membawa hati yang sepi

Perpisahan itu sungguh menyedihkan
Tapi semuanya di tangan takdir
Kita hanya berusaha
Agar yang membenci tiada lagi

acik-zzorro 8:05 AM

0 comments

Diriku

Name :: Acik^zzorro
Age :: Ask Me Lah
From :: Nilai, Malaysia
Job :: System and Technical Support

Emphase

Virus List

Terkini

Protes Sampai Turun
Pesanan Khidmat Masyarakat
Hiburan Punca Melayu Mundur : Kenyataan MT UMNO
Pelik Tetapi Benar
Kenyataan Media JIM
Sumpah Orang Minyak Naik
PANTUN HARGA MINYAK NAIK
Selamat Minyak Naik
Promosi : T'SHIRTS - PUMA ORIGINAL for footballers...
Salam Perkenalan Dari My Babies

Terdahulu

August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006

Luahan rasa

Rakan

Syafira

Merpati Putih

Kanta Blog

Pop yeh yeh

Falina

Mira Blog

Elmafraqi

IwanShu

Clone the Owner

Ayu Sabrina

Myrakan

Link Politik

Harakahdaily

Tranungkite

Langkap

Kelatedaily

KMU

Radio HOTfm

Sudah Takdir Begitu
Sila offkan radio utk mendengar lagu

Pelawat


Hit counters

Kredit

blogger
blogskins

here without you, designed by Clone, only at BlogSkins

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com