24 February 2006
Promosi : T'SHIRTS - PUMA ORIGINAL for footballers & Golfers & bowlers.....
FYI Sesapa nak buleh contact member aku Tawaran istimewa / cheap sale, Offer untuk member2 semua,
Baju T Shirts - Brand PUMA - ( Original )
Harga Asal : RM 198.00
Harga Tawaran : RM 15.00 Sahaja.
Baju rampasan Kastam Diraja Malaysia. Boleh order kalu mahu... Sila lihat contoh baju.
acik-zzorro
3:22 PM
3 comments
23 February 2006
Salam Perkenalan Dari My Babies
Salam buat semua sahabat yg mengenali diri ini. Hari nie acik nak memperkenalkan anak-anak acik berserta cucu yg baru lahir on pagi Isnin lepas.. Pic 1 - Proud Mummy. Pic 2 - My Cucu. Comel tak... ahaks 

Next pic lak my anak. Yg putih nie namanya Kembang. Pasal apa nama camtu yek. Actually dari awal lagi my neighbour yg bagi nama tu. Asalnya adalah kucing terbiar kat belakang rumah. Skrg nie dlm proses nak jinakkan si Kembang nie. Masalahnya ngan si Kembang nie dia think dia nie dari Royal family kot. Sebab kaler dia putih, bila acik nak usap fur dia dia ngan cepat lari. Rasanya kalau Kembang nie leh cakap sure dia bilang "Jgn usik kita la... nanti bulu kita kotor". Ahaks
Haa, yg seterusnya lak another one pic of my cats. Namanya Manja. Kengkadang tu bila acik tgh watch tv, dgn selamba jer dia gi parking kat my peha masa acik tgh tengok tv... ganggu konsentrasi tul aar. Ahaks. Lagi satu dia nie kuat menggigit tau. Kalau gigit tu bukan manja nya gigit, tapi gigit geram sampai timbul 2 hole yg bleeding. Tapi acik tetap sayangkan si Manja nie biar camna pun karektor dia.
Ok! Semua dah kenal kan ngan anak2 dan cucu2 acik nie. Saksikan la si Royal Kembang nie memberi pose daringnya utk semua. Dan pic terakhir tu lak kelihatan si Manja sedang bersedia utk berperang with anyone yg block laluan dia ke pintu tu. Nama jer kucing female, garang nya tuhan jer yg tau. Sampai si Royal Kembang pun tak leh layan. Hahahahahahaha....

acik-zzorro
12:53 PM
2 comments
18 February 2006
Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM
Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal. Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang mendapat sijil halal JAKIM.Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk menyemak, sila taip :Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]hantar ke 32728 | DAPAT
Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM mengenai status semakan anda.Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah Sijil SahSekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat TempohSekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai
acik-zzorro
11:50 AM
0 comments
13 February 2006
SERUAN JIHAD.
Wahai Kekasih!
Anak Bangsaku!
Wahai Kekasih seagamaku!
Walau dimanapun kau berada,
Dengarlah seruanku...
Seruan agama...
Seruan Allah...
Seruan Rasulullah!
Inilah seruan JIHAD!
Jihad menentang KEZALIMAN!
Jihad memerangi KEMUNGKARAN!
Jihad Membanteras KEMAKSIATAN!
Inilah seruan JIHAD!
Jihad menegakkan KEADILAN...
Jihad mengamarkan KEMAKRUFAN...
Jihad meningkatkan KETAATAN.
Anak bangsaku, BANGUNLAH!
Muslimin, BANGKITLAH!
Ayuh kita bersiap-siaga...
Ayuh kita bersatu-padu...
Ayuh kita kuatkan barisan...
...bulatkan hatimu,
...kumpulkan tenagamu.
Bangunlah, bangkitlah BERJUANG!
Bangunlah, bangkitlah BERPERANG!
Bangunlah, bangkitlah MENYERANG!
Ayuh! serang!!!
Tembusi semua ruang,
kuasai semua bidang.
Ku tiupkan semangat JIHAD,
Ku hembuskan semangat JUANG,
Ku bisikkan semangat PERANG.
Sedarlah dari lenamu,
Bangunlah dari tidurmu.
Lihatlah DIRIMU,
BERSIHKANLAH dirimu,
BERSIHKANLAH jiwamu,
BERSIHKANLAH hatimu,
BERSIHKANLAH akalmu,
BERSIHKANLAH nafsumu.
Bangunlah, bangkitlah!
Perangi dirimu,
Perangi jiwamu,
Perangi hatimu,
Perangi akalmu,
Perangi hatimu....
DEMI MENEGAKKAN KEADILAN ILAHI.
AZHARI(S)
29JULAI2000
Tranung Kite
acik-zzorro
8:12 AM
0 comments